official ILAP2 : 無料・フリー素材/写真
official ILAP2 / pelaburjutawan
ライセンス | クリエイティブ・コモンズ 表示 2.1 |
---|---|
説明 | Emas dihargai oleh manusia kerana manfaatnya yang besar, yang menjadi tunjang utama kemajuan dan kemodenan dunia hari ini, dan ia disedari oleh manusia yang mempunyai "ilmu" mengenai kegunaan nya sejak puluhan tahun yang dulu.Disebabkan oleh untuk mendapatkan logam ini amat sukar sedangkan manfaatnya kpd kehidupan manusia amat besar, maka sejak dari itulah manusia mulai menghargai kewujudan nya dan sehingga hari ini dari generasi ke generasi ia semakin dihargai. Bererti, manusia baru sedar betapa berharganya ketulan logam ini, selepas mereka mempunyai "ilmu" mengenainya lalu baru menyedari betapa besar kegunaannya dalam pengembangan kehidupan dan kemajuan dunia hari ini.Selepas ada ilmu mengenai emas, barulah emas dihargai dan jadi begitu berharga sekali.Kalau anda menyedari hakikat ini, maka pasti anda akan lebih menghargai ilmu mengenai emas, berbanding logam emas itu sendiri, kerana emas tidak akan jadi berharga tanpanya.Cara Pelaburan emas fizikal pada hari ini juga sebenarnya amat berbeza berbanding dengan cara pelaburan emas dahulu.Terlalu banyak faktor yang menjadi penyebab kepada kerugian pelabur emas hari ini, diantara punca yang sering merugikan:1. Menyertai “Skim Pelaburan Emas”.2. Menggunakan “Leverage” berlebihan ekoran salahfaham dengan fungsi gadaian emas atau skim arrahnu.3. Tiada matlamat jelas mengapa mereka membeli emas, atau beli sekadar ikut-ikut orang lain.4. Tidak mendapat pendedahan maklumat yang betul dan tiada strategi pelaburan emas.Antaranya dari segi pemilihan produk emas, faktor harga pasaran, pemilihan pembekal dan lain-lain aspek penting yang pada hari ini perlu diperbaharui agar ia seiring dengan kesesuaian dan perkembangan semasa hari ini.Justeru, adalah menjadi satu kelebihan besar jika sekiranya pelabur emas pada hari ini mempunyai pengetahuan untuk memantau perubahan pergerakan naik dan turun harga emas, melalui paparan graf harga yang boleh diperhatikan samaada melalui pemasangan software pada komputer dan laptop, ia juga boleh diperhatikan terus secara live streaming chart daripada website, atau juga boleh dipasang pada tablet, ipad dan juga smartphone.Tujuannya, supaya anda sentiasa peka dengan perubahan harganya tidak kira dimana pun anda berada, tak semestinya perlu mengadap desktop atau laptop sepanjang masa.Ini juga bermakna, cara dan teknik pelaburan yang diguna pakai juga perlu dipertingkatkan supaya pulangan dari pelaburan anda dapat dioptimumkan sebaiknya, dalam masa yang sama kerugian dapat diminimakan.Tidak kira apa pun posisi anda, baik sebagai penyimpan emas, pelabur emas, atau trader emas, semuanya memerlukan strategi pelaburan yang baik serta pengurusan modal yang efisyen supaya keuntungan dapat dimaksimumkan dan kerugian dapat diminimumkan.Dalam workshop ini juga, saya akan berkongsi cara paling mudah untuk menentukan paras Harga Sokongan (Support Price) dan juga paras Harga Halangan (Resistance Price), iaitu 2 paras yang menjadi rujukan samaada perlu BELI atau perlu JUAL.Kandungan silibus workshop ini amat berbeza dengan workshop Strategi 5B yang sebelum ini. Kali ini saya akan lebih memberi tumpuan kepada aspek teknikal, bermula dari proses memasang software graf sehinggalah kepada tutorial penggunaan fungsi-fungsi penting yang terdapat pada software tersebut.Topik ini akan merangkumi 80% dari keseluruhan workshop. Selain itu saya juga akan memberi pendedahan mengenai aspek fundamental, iaitu jenis-jenis berita ekonomi yang mempengaruhi pergerakan harga emas, bagaimana cara interpretasi berita atau data tersebut serta mengaitkannya dengan pergerakan teknikal harga yang terdapat di dalam graf. Topik ini pula akan merangkumi 20% dari keseluruhan workshop.Graf teknikal adalah refleks dari tindakan pelabur dalam pasaran, dan tindakan pelabur dalam pasaran pula amat dipengaruhi oleh data-data fundamental dan berita ekonomi ini. Dengan mengetahui data fundamental, anda boleh bersedia lebih awal iaitu sebelum berlaku perubahan besar pada graf, anda telah pun bersedia dengan sebarang kemungkinan yang ada. Silibus bengkel ini adalah :Memasang Trading Terminal / Software Graf Harga Emas & Silver di laptop, Tab /Ipad, Smartphone.Mengenal dan menguasai fungsi penggunaan menu yang terdapat di Trading Terminal. Cth : Timeframe Setting, Memasang Indikator, Menggunakan Trendline, Jenis Graf, Mengukur % Naik Turun Harga, Dll yang penting untuk dikuasai oleh pelabur yang bijak.Pengenalan dan pendedahan kepada análisis fundamental. Jenis-jenis data yang perlu diperhatikan, bagaimana mengaitkannya dengan pergerakan harga, bila ia diumumkan dan lain-lain yang berkaitan.[Siapa yang perlu hadir?]√ Pelabur dan penyimpan Emas / Silver Jangka Panjang.√ Pelabur dan penyimpan Emas / Silver Jangka Pendek (Trader).√ Peniaga Emas / Silver.√ Sesiapa yang baru nak menceburkan diri dengan pelaburan emas / silver.√ Sesiapa saja yang berminat menambahkan ilmu dalam bidang ini.[Peralatan yang Perlu Dibawa?]√ Laptop & Charger (Tab, Ipad, Smartphone - Kalau Ada).√ Broadband (bawa kalau ada, wi-fi mungkin slow).√ Buku Nota.√ Tetikus. (Untuk memudahkan tutorial penggunaan terminal trading)Workshop ini akan diadakan pada 29 September 2013, bertempat di Hotel Putra, selama 1 hari dari pagi sehingga petang.Daftar segera kerana penyertaan amat terhad bagi memastikan kualiti proses pembelajaran dapat dimaksimumkan. |
撮影日 | 2013-09-24 08:24:01 |
撮影者 | pelaburjutawan |
タグ | |
撮影地 |